Salaaam. Wallpaper-wallpaper buatan Malaysia boleh didownload di sini. Harap maklum :) |
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubaarak kepada semua Blogger dan pengguna Internet sekalian. Semoga kita semua dapat berpuasa dan beribadah dengan amat baik. Dan semoga diberkati, dirahmati dan diterima ALlah segala amal baik kita, aamin. Cotu - Lord of Ramadhan Raya nanti jangan lupa berkunjung ke sini. Dan sila lah bertandang ke rumah ambe bagi sesaper yang kenal umah ambe tu. Dan bagi yang nak kenal, sila cari dalam Google Earth, hehe gurau aje. Selamat belaker, Baarokallahu lakum wa taqabbalallahu minna wa minkum solehul a'maal :) Untuk melihat banyak lagi video-video nasyid Ramadhan, sila klik di sini. |
Digg.com adalah satu laman web berasaskan komuniti yang popular dengan menitikberatkan pada artikel-artikel sains dan teknologi, baru-baru ini berkembang untuk satu julat yang lebih luas berperingkat umpamanya seperti Dunia & Bisnes, Video, Hiburan dan Permainan (video/pc games) serta satu seksyen paparan semua (View All) di mana semua kategori digabungkan. Ia menggabungkan social bookmarking, blogging, dan sindiket dengan bentuk tidak berhierarki, kawalan editorial yang demokratik. Cerita-cerita berita dan laman-laman web diserahkan (submit) oleh pengguna-pengguna, dan kemudian diletakkan ke muka depan melalui sistem ranking berasaskan pengguna. Ini berbeza dari sistem editorial berhierarki berita yang mana banyak laman web berita lain menggunakannya. Segalanya di Digg — dari berita ke video ke imej kepada Podcasts — diserahkan oleh komuniti Digg (ahli-ahli yang menyertai Digg). Digg bermula sebagai satu eksperimen dalam bulan November 2004 oleh Kevin Rose, Owen Byrne, Ron Gorodetzky, dan Jay Adelson (yang berkhidmat sebagai CEO), semua yang masa ini memainkan satu peranan aktif dalam pengurusan tapak laman web ini. Perancangan asal adalah tanpa iklan-iklan, dan telah direka oleh Dan Ries. Setelah Digg menjadi semakin popular, Google AdSense telah ditambah ke laman web. Dalam bulan Julai 2005, tapak adalah dikemaskini untuk "Versi 2.0". "Versi" baru ditonjolkan satu senarai kawan-kawan (friends list), keupayaan untuk "digg" sebuah cerita tanpa di diarahkan semula ke laman yang berjaya, dan satu antara muka yang baru yang direka oleh sebuah syarikat rekabentuk laman web, Silverorange . Pemaju-pemaju tapak telah dinyatakan bahawa dalam versi masa hadapan satu rekaan yang lebih minimal mungkin akan digunakan. Pada hari Isnin 26 Jun, 2006 versi 3 Digg telah dibebaskan dengan kategori-kategori khusus untuk Teknologi, Sains, Dunia & Bisnes, Video, Hiburan dan Permainan (video/pc games) serta satu seksyen paparan semua (View All) di mana semua kategori digabungkan. Digg telah berkembang pesat yang penyerahanan (submisssion) kadangkala mewujudkan satu peningkatan mengejut trafik bagi laman web yang telah di "digg". Ini adalah dirujuk kepada sesetengah pengguna-pengguna Digg sebagai "Kesan Digg" dan oleh beberapa pengguna lain yang mana laman webnya telah di "digg dengan banyaknya". Untuk itu nampaklah kita bahawa dengan penggunaan Digg ini dapat menambah bilangan pelawat ke laman web kita mungkin dalam jumlah yang besar dalam masa yang amat singkat. Tetapi buat masa ini, kebanyakan laman web yang diserahkan (submit) pada Digg adalah dalam Bahasa Inggeris. Bermakna pembaca-pembacanya pun majoritinya yang membaca dalam Bahasa Inggeris. Untuk itu, adalah bagusnya jika semakin ramai ahli yang berbahasa Melayu atau Indonesia untuk turut serta dengan Digg, dan ianya seharusnya dimulakan dengan kaki-kaki blog terlebih dahulu dengan menyerahkan artikel dan blog kita ke Digg. Dengan itu perkembangan pengetahuan dan pembacaan online dapat diperolehi dengan meluas dan dari semasa ke semasa dan pengguna dapat mencari kategori-kategori yang diminati yang sentiasa dikemas kini. Fungsi Pembaca-pembaca boleh melihat semua cerita-cerita yang telah diserahkan pengguna-pengguna oleh rakan dalam seksyen"digg / News / Upcoming" laman web tersebut. Apabila sebuah cerita telah menerima cukup "digg", ia muncul di muka depan Digg. Bagi cerita yang tidak menerima cukup digg, atau jika laporan pengguna-pengguna cukup satu masalah dengan penyerahan, cerita akan kekal dalam kawasan "digg semua", di mana ia boleh akhirnya dibuang. Artikel-artikel adalah rumusan cerita-cerita pendek di laman web yang lain dengan dipautkan (link) kepada cerita-cerita itu, dan disediakan kepada pembaca peruntukan-peruntukan untuk memberi komen kepada cerita. Kesemua kandungan dan akses ke tapak web adalah percuma, pendaftaran adalah wajib untuk unsur-unsur tertentu, seperti mempromosikan ("menggali / digg") cerita-cerita, menyerahkan cerita-cerita dan memberi komen tentang cerita-cerita. Digg juga membenarkan untuk cerita-cerita boleh dipos kepada seorang pengguna blog secara automatik apabila dia digg cerita tersebut. Rujukan : - Digg.com - Wikipedia |
Kategori Social Bookmarking
Pilihanraya sudah semakin dekat, tetapi ada lagi peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh ramai Blogger yang lagi dekat, iaitu kemaskini Page Rank oleh Google. Di anggarkan dalam beberapa minggu lagi Google akan kemaskini Page Rank buat musim ini. Ada musim juga Google update Page Rank sebenarnya, dan biasanya antara 3 - 5 bulan sekali.Apakah sebenarnya Page Rank? Huhu, ini lah suatu makhluk yang paling teratas pentingnya bagi para kaki blog untuk diketahui dan dicapai. Page Rank inilah yang boleh membuatkan blog kita sentiasa dibanjiri pelawat dari pelusuk dunia secara percuma. Menurut Wikipedia, Page Rank adalah Algoritma Penganalisaan Capaian (Link Analysis Algorithm) yang menugaskan kepentingan menurut angka kepada setiap elemen set-set Hyperlink sesuatu dokumen, seperti World Wide Web, dengan tujuan mengukur kepentingan hubungan dalam sesuatu set. Algoritma mungkin diguna bagi mana-mana koleksi entiti dengan kutipan dan rujukan timbal balik (reciprocal). Kepentingan yang menurut angka yang ia tugaskan pada mana-mana elemen E juga dipanggil sebagai PageRank E dan ditunjukkan oleh PR (E). Ntah anda faham atau tidak ya apa yang diterangkan melalui Wikipedia tu, ambe pun tak berapa faham mana keterangan tu hehe. Tetapi secara ringkasnya, Page Rank adalah hasil dari undian antara semua laman web. Undian itu seperti laman A menghubungkan (hyperlink) ke laman B disebut sebagai satu undian. Page Rank sesuatu laman web itu bergantung pada angka dan metrik Page Rank dari semua laman yang menghubung (link) pada laman web tersebut yang dipanggil juga Incoming Links. Sesuatu laman web yang dihubungkan dari banyak laman web yang mempunyai Page Rank tinggi akan menerima Rank yang tinggi dengan sendiri. Dan jika tiada hubungan (link) ke laman web tersebut bermakna tiada sokongan pada laman web tersebut. Google meletakkan susunan Page Rank ini dari 0 - 10 , yang PR10 itu dikatakan paling popular lah dan yang 0 tu pula yang paling tak popular langsung (macam blog ini lah pada waktu ni, tak ada PR langsung lagi ni!!! ) . Ini kerana blog ini masih terlalu muda, dan masih belum menjalani proses kemaskini oleh Google lagi. Kita akan lihat selepas Google kemaskini Page Rank tak lama lagi berapa la agak-agaknya blog ambe ni dapat ya? ehek Kalau anda mahu tahu contoh laman web yang PR dia 10, antara lainnya adalah Google.com , Yahoo.com dan beberapa lagi laman web lain yang paling popular di dunia. Laman web kita jangan harap lah nak dapat PR10 tu, kita hanya boleh bermimpi mungkin sampai PR7 seperti mana target ambe pada masa akan datang, dapat PR7 pun dah amat-amat puas hati huhu. Blog paling popular tentang membuat duit melalui internet sekarang ini , johnchow.com pun masih lagi PR6, bukan senang tuuuu. Haa ni ada gambar kartun yang menerangkan tentang Page Rank. Siapa yang buat gambar ini ntah. Dari gambarajah di atas ini, kita dapat lihat si bulat yang paling besar itu diibaratkan sebagai laman web yang punyai Page Rank yang paling tinggi. Kenapa tak tingginya, setambun sibulat lain menghubungkan kepadanya (meletak link ke laman sibulat itu). Tetapi dapat kita lihat sibulat yang berwarna merah bahagian atas tu jadi besar juga walaupun hanya satu link sahaja dihubungkan padanya. Kenapa dia jadi besar juga walaupun ada satu link sahaja? Kerana walaupun satu link, tetapi dia dihubungkan oleh laman yang punya Page Rank yang amat tinggi (sibulat besar). Dan kita perhatikan bulat-bulat paling kecil itu jadi paling kecil kerana tiada satu link pun yang menghubungkan pada mereka, kesian yerr isy7. Harap anda faham dari penerangan ringkas mengenai Page Rank di atas dan jika ada keraguan sila ajukan soalan cepu emas anda. Dan di sini ada ambe sertakan kaedah-kaedah bagaimana pengiraan Page Rank dilakukan oleh pakcik Google terhadap sesuatu laman web. Dan ini adalah pengiraan yang dikaji oleh pakar-pakar tentang Page Rank sebelum ini. Bagaimana untuk mendapat PR4? Untuk menabalkan laman web anda kepada Page Rank 4, apa yang perlu adalah - 3,055 link dari PR1 - 555 link dari PR2 - 101 link dari PR3 - 18.5 link dari PR4 - 3.5 link dari PR5 - 1 link dari PR6 Bagaimana untuk mendapat PR5? - 16,803 link dari PR1 - 3,055 link dari PR2 - 555 link dari PR3 - 101 link dari PR4 - 18.5 link dari PR5 - 3.5 link dari PR6 Bagaimana untuk mendapat PR6? - 92,414 link dari PR1 - 16,803 link dari PR2 - 3,055 link dari PR3 - 555 link dari PR4 - 101 link dari PR5 - 18.5 link dari PR6 - 3.5 link dari PR7 Bagaimana untuk mendapat PR7? - 508,277 link dari PR1 - 92,414 link dari PR2 - 16,803 link dari PR3 - 3,055 link dari PR4 - 555 link dari PR5 - 101 link dari PR6 - 18.5 link dari PR7 - 3.5 link dari PR8 Semua di atas ini adalah contoh dan begitulah pengiraannya lebih kurang untuk Page Rank yang seterusnya. Mencabar jugak kan? Untuk itu, jika anda mahu PR anda naik ke menara gading, maka banyak-banyak lah cari cara macam-mana nak buatkan laman web lain link ke laman web anda. Lagi banyak link ke laman web anda maka lagi banyak la potensi laman web anda untuk naik PR. Selamat menaikkan PR dan selamat belaka. Wassalam :) * Kemaskini 9/8/2007 Nampak gayanya Google dah kemaskini Page Rank, tetapi malangnya blog-blog terbaru ambe termasuk Kelas-blog ni tidak bernasib baik kali ini. Dapat Page Rank 0 je :D . Kena la tunggu 3 , 4 bulan lagi untuk kemaskini Page Rank oleh Google yang seterusnya , isy7 :D |
Kategori Menjana pelawat
Wabak ini telah dimulakan di Blog Hikmatun, dan anda semua dijemput untuk dijangkiti penyakit ini, penyakit yang dapat membantu blog anda sendiri jugak hehe. ~Mula copy di sini~ Salaam alaikum. Kali ini ana mau bawak hal off topik sikit, sekali - sekala mesti ada iklan kan? hehe. Iklan kali ini bagi sesiapa yang mahukan blog-blog dia naik taraf pada page rank Google ataupun dengan kata lain, bagi mudah orang jumpa blog kita melalui search engine. Makna yang lain lagi makin ramai lah pelawat insyaAllah berkerumun ke blog kita secara tak sengaja. Itu pentingnya Page Rank tu, kalau Google punya antara 1 - 10, 10 paling tinggi sekali, Google, Yahoo punya Page Rank sebanyak itu, pasal faham-faham je la website mereka tu hari-hari hampir setiap pengguna internet guna, sebab tu page rank mereka banyak. Antara faktor - faktor yang tentukan Page Rank adalah backlink ke blog kita, point kita kat technorati, Alexa ranking dan sebagainya. Sebab itu lah ramai yang pentingkan benda-benda tu, utk naikkan page rank la tu. So jika anda mahukan blog2 anda pun naik page rank, perlu lah cuba cari cara macam mana nak buatkan banyak website lain link ke blog anda, makin banyak link ke blog anda maka makin tinggilah potensi anda untuk naik, maka makin tinggi lah potensi anda untuk mendapat pelawat secara PERCUMA! So di sini hari ini, ana mahu letak beberapa blog yang mengambil bahagian, dan jika anda mahu join sama, copy je belaka artikel ini dan letakkan di blog anda. Kemudian masukkan link ke blog anda sendiri kat situ nanti, dan jadikan nakhoda nya adalah blog anda sendiri, dan sila bagi tahu (Ping) ke sini, nanti saya pun akan masukkan link ke blog anda juga. So sama-sama tolong menolong untuk naikkan PR masing-masing. Nakhoda: Kelas-Blog : Mengenai tips dan panduan bagi membina dan menjaga blog. Senarai Blog: Kelas-blog : Mengenai tips dan panduan bagi membina dan menjaga blog. Perpustakaan : Khazanah Ilmiah Online Blog Kedaisiberneka : Maklumat asas Perniagaan Internet, pendapatan sampingan, review untuk produk-produk terpilih. Sila tambah link ke blog anda dalam senarai di atas ……. ~Tamat~ |
Kategori Viral link
Ini adalah panduan untuk meletakkan butang vote untuk Digg pada setiap post yang kita buat. Kepada yang belum mengetahui apa itu Dig, Digg ialah laman web Social Content yang mana kita atau pembaca boleh submit kandungan post dalam blog kepadanya. Dengan itu, ianya juga adalah salah satu cara untuk mendapatkan pelawat ke blog kita secara percuma. Apabila artikel yang kita submit ke Digg masuk dalam senarai laman web tersebut, ia akan muncul di muka hadapan terpulang pada kategori mana yang kita pilih. Dan dari ramai-ramai ahli yang sentiasa membaca dalam Digg tu, mesti ada yang terpaut dengan artikel yang kita submit dan mengklik link artikel tersebut dan terus ke blog kita. Dalam masa yang sama itulah pelawat percuma ke blog kita :)Tetapi sebelum kita pergi ke panduan tersebut, anda perlu tahu beberapa perkara terlebih dahulu; - Anda mesti set blog anda kepada Save Post Pages. Post Page adalah arkib blog yang mempunyai URL tersendiri yang dipublish. Untuk mengaktifkan setting ini, anda perlu masuk ke dashboard Blogger, kemudian pilih Settings - Archiving, setkan “Enable Post Pages?” kepada “Yes” dan save setting. - Panduan ini adalah untuk meletakkan butang Digg pada setiap post dan anda tidak boleh pilih untuk meletakkan pada post pilihan anda sendiri. Ok panduan-panduannya adalah seperti berikut: Mula-mula klik tab template kat atas tu. Kemudian klik tab Edit HTML kat bawahnya. Dan jangan lupa tandakan right pada kotak kecil kat sebelah kanan atas yang bernama “Expand Widget Templates”. Dalam kotak script tu, cari <p><data:post.body/></p> Jika anda mahukan butang Digg terletak di bahagian atas kanan post anda, maka sila letak kod di bawah sebelum kod di atas <div style="float:right; margin-left:10px;"> Kod yang berwarna merah di atas hanya untuk membezakan kod tambahan dengan kod asal, tiada kena mengena dengan warna pada tempat yang sebenarnya :D Kod yang berwarna merah adalah kod asal dan hitam adalah kod tambahan untuk meletak butang Digg. Gambarajah di bawah adalah gambaran yang anda akan dapat pada post anda dengan butang Digg pada sebelah kanan atas post anda yang berwana kuning dan putih tu; ![]() Dan jika sekiranya anda mahu meletakkan butang Digg itu di sebelah kiri post, maka gunakan Kod di bawah ini; <div style="float:left; margin-right:10px;"> Dan jika anda mahu menambah butang yang boleh diubah warna nya dan kecil sedikit (compact dari butang tadi, anda boleh guna kod di bawah; <div style="float:right; margin-left:10px;"> Hasilnya seperti gambarajah di bawah, butang itu kecil sahaja dan boleh diubah warna latarnya mengikut kesesuaian dengan blog anda. Ok diharap anda faham dan jika tidak faham sila bertanya, selamat belaker :) |
Kategori Tips dan Trick Blogger