Selasa, 31 Mei 2011

Shaheizy Sam bayar hutang Skop Production

KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam bakal membintangi filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production sebagai ganti kerana kegagalannya berlakon dalam filem KL Gangster.

Jelas Sam, dia tidak dapat membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu berikutan jadual penggambarannya bertindan dengan filem Kongsi terbitan syarikat pengurusannya MIG Production.

“Saya berhutang satu filem dengan Skop kerana saya sudah berjanji untuk berlakon dalam filem KL Gangster tetapi jadual penggambarannya bertindan dengan jadual penggambaran filem Kongsi.

“Jadi mereka menawarkan filem SAM sebagai ganti kepada filem yang tidak dapat saya sertai itu,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan kereta atas kemenangannya sebagai bintang paling popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di sini, Selasa.

Sam menerima kereta Nissan Teena 2.0L bernilai RM140,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Baca selanjutnya .......

AddThis Social Bookmark Button

0 Komen: