Khamis, 2 Jun 2011

Kenapa artis selalu kena gossip?

Selalunya kita dengar artis lah yang kena gossip kan? Tak pernah pulak kita dengar tukang kayu ke, tukang rumah ke, tukang tebar roti canai ke, tukang belasah orang ke, tukang kebun ke, tukang sibuk tepi kain orang ke yang kena gossip kan?

Memang lah tak di dengar gossip di televisyen dan majalah, tetapi selain dari artis pun kena gossip jugak sebenarnya. Tu mengumpat tu gossip lah. Maknanya sama, cuma ejaan saja yang berlainan.

Cuma kenapa selain dari artis tidak keluar gossip dalam tv ke, majalah dan seumpamanya ya?

Kerana artis telah dianggap sebagai bintang dan idola. Kerana itu lah artis yang selalu kena gossip secara meluas dan terbuka untuk umum. Ini satu budaya juga sebenarnya, iaitu budaya barat, budaya Hollywood.

Masalah juga kalau tidak ada ilmu , lebih-lebih lagi ilmu agama. Kerana manusia akan terus hanyut dan hanyut, sehingga tidak lagi kenal mana baik dan mana buruk.

Artis oh artis .......

AddThis Social Bookmark Button

0 Komen: