Khamis, 2 Jun 2011

Ulama PAS bawa usul kecam sikap kerajaan BN kerana video seks

GOMBAK, 2 Jun – Dewan Ulama PAS Pusat tidak dikejutkan dengan saingan pemilihan hari ini, tetapi tetap menarik perhatian kerana memutuskan untuk membawa usul video seks yang didedahkan trio “Datuk T” Mac lalu ke Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang bermula esok.

Keputusan itu diluluskan sebulat suara hari ini.

Di bawah usul itu, Dewan Ulama PAS Pusat menolak pendedahan video seks, yang si pelakunya dikaitkan mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut usul itu, video tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat pihak tertentu untuk tujuan politik.

Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Nik Razi, usul itu dibentang bagi membolehkan para perwakilan membahaskan motif sebenar ia disebarkan dan kaitannya dengan rancangan pihak tertentu untuk melemahkan pengaruh Pakatan Rakyat.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam Muktamar Dewan Ulama yang berlangsung di Taman Melewar dekat sini.

Baca selanjutnya di Malaysian Insider

AddThis Social Bookmark Button

0 Komen: