Isnin, 23 Julai 2007

Limpahi pelawat dengan ClickEvolution


Bagi yang nak promote blog

ClickEvolution, ini bukan sembarangan program Traffic Exchange (pertukaran trafik), ambe pernah dapat sampai 1,ooo lebih pelawat ke blog Feedget ambe sebelum ni dalam masa sehari sahaja. Dan sebenarnya boleh dapat lebih lagi dari tu. Program ini adalah program Traffic Exchange yang berkonsepkan autosurf, tetapi anda jangan salah faham, ini bukan seperti program autosurf yang melabur-melabur tu, bukan!!! Ini tak ada kena mengena dengan pelaburan dan tidak perlu modal pun untuk menggunakannya.

Caranya hanya register sebagai ahli percuma dan sentiasa percuma. kemudian kat bahagian menu kat tepi laman dia, pilih Surf for traffic. Konsepnya anda lakukan autosurf sebanyak mungkin laman-laman web yang duk berlegar-legar di dalam tu. Laman-laman web kat dalam tu sama ada dari advertiser yang berbayar ataupun dari ahli percuma macam kita (kalau anda join la). Makin banyak anda surf maka makin banyaklah dapat kredit, dan 1 kredit = 1 pelawat, tak nak lagi ke?

Autosurf tu pula adalah kita surf laman-laman web yang didaftarkan kat dalam tu secara automatik, tanpa kita klik banyak-banyak dah, ia akan berjalan sendiri secara automatik. Ianya sudah memudahkan kerja anda sebenarnya tu. Dengan autosurf ini lah kita akan mendapat kredit / mata. Biasanya 1 nisbah 1, maknanya kita surf satu kali dapat satu kredit. Jangkamasa surf satu persatu tu pulak adalah selama 15 saat sahaja, maknanya anda akan mendapat kredit yang bertambun-tambun dalam masa yang tidak lama. Anda boleh meninggalkan ianya berjalan sendiri ataupun anda boleh membiarkannya pada satu tab dan anda buat kerja pada tab yang lain. Tetapi kalau anda ni jenis yang suka tengok laman web dan iklan-iklan, haa tengok la puas2!!! ;)

Haa selepas anda puas hati dengan kredit yang anda dapat, tibalah masanya untuk anda promosikan website anda pula. Untuk promosi, sila klik menu websites kat akaun dia. Selepas itu anda akan ditunjukkan satu kotak dan butang untuk anda isi. isikan URL blog anda yang mahu di autosurfkan dan klik butang Add url. Tetapi mesti diingat ! Jika laman web anda mengandungi Google Adsense, anda mesti keluarkannya terlebih dahulu kerana ianya menyalahi TOS (Term Of Service) Google. Anda boleh kena ban jika anda letak jugak iklan Google untuk di autosurfkan ini. So sebagai alternatif untuk letak iklan, anda boleh letak iklan-iklan lain seumpamanya seperti Bidvertiser, AuctionAds , Chitika dan sebagainya seperti yang saya pernah buat.

Selepas anda submit url blog anda, ianya akan menjalani proses penilaian oleh admin sama ada ianya layak atau tidak untuk masuk list. Layak tu dalam erti kata laman web anda tak ada unsur lucah, unsur judi, pelaburan dan seumpamanya. Kalau setakat blog macam2 gni ok je.

Haa, tak berapa lama, admin akan hantar keputusan kat email anda, sama ada lulus atau tak ujian dunia nih hehe. Kalau lulus, maka anda boleh mulakan operasi. Sekali lagi saya ingatkan, pastikan anda buang terlebih dahulu iklan-iklan Google dan lain kali boleh letak balik setelah tak guna lagi program ini. Dan saya pun guna program ini sebagai promosi sahaja, dan membuang dahulu kod-kod Google Adsense dan saya letak iklan Bidvertiser. Dengan melakukan promosi blog anda ini dalam masa yang sama mana lah tahu kalau-kalau ada yang berkenan kat blog kita, diorang akan bookmark kan? :)

Untuk menjalankan proses autosurf tu macam saya bagitau tadi la, klik menu Surf for traffic dan lepas tu ada satu sahaja lagi link yang perlu anda klik. Dan selepas itu bermula lah proses autosurf, senang sangat-sangat ooooo!!!!!!!!!

Bagi yang nak cari duit

Dan bagi yang nak cari duit lebih, program ini pun boleh dapat duit juga. Tetapi jika anda mahu buat duit, anda kena autosurf sahaja tanpa promosikan blog anda, kerana apabila kita activekan blog kita kat situ untuk dipromosi, maka kredit kita akan luak setakat yang kita ada. Untuk itu, kalau semata-mata nak cari duit, anda lakukan autosurf sahaja, cukup sahaja 100,000 kredit, anda akan dapati butang cash out akan keluar (ambe dapat 100,000 kredit hari tu dalam masa dekat- dekat sebulan jugak :D ), dan anda boleh cash out ke e-gold. Nilainya adalah USD5, tak banyak tetapi berbaloi dengan hanya autosurf tanpa buat apa-apa hehe. Kat bawah ni payment proof yang ambe dapat dulu.

Klik pada gambar untuk perbesarkan

Ok la, sampai sini dahulu, kalau ada yang tak faham sila bertanya kat ruangan komen. Selamat melimpahkan pelawat ke blog dan semoga anda berpuas hati dengan kaedah ini. Amat sesuai kepada blog-blog yang baru dan untuk tujuan promosi hebat!

Daftar percuma di sini ClickEvolution

All the best, wassalam

:)



AddThis Social Bookmark Button

1 Komen:

star berkata...

satu idea yang bernas..thanks..