Selasa, 31 Julai 2007

Menjelang kemaskini PR oleh Google

Pilihanraya sudah semakin dekat, tetapi ada lagi peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh ramai Blogger yang lagi dekat, iaitu kemaskini Page Rank oleh Google. Di anggarkan dalam beberapa minggu lagi Google akan kemaskini Page Rank buat musim ini. Ada musim juga Google update Page Rank sebenarnya, dan biasanya antara 3 - 5 bulan sekali.

Apakah sebenarnya Page Rank? Huhu, ini lah suatu makhluk yang paling teratas pentingnya bagi para kaki blog untuk diketahui dan dicapai. Page Rank inilah yang boleh membuatkan blog kita sentiasa dibanjiri pelawat dari pelusuk dunia secara percuma.

Menurut Wikipedia, Page Rank adalah Algoritma Penganalisaan Capaian (Link Analysis Algorithm) yang menugaskan kepentingan menurut angka kepada setiap elemen set-set Hyperlink sesuatu dokumen, seperti World Wide Web, dengan tujuan mengukur kepentingan hubungan dalam sesuatu set. Algoritma mungkin diguna bagi mana-mana koleksi entiti dengan kutipan dan rujukan timbal balik (reciprocal). Kepentingan yang menurut angka yang ia tugaskan pada mana-mana elemen E juga dipanggil sebagai PageRank E dan ditunjukkan oleh PR (E).

Ntah anda faham atau tidak ya apa yang diterangkan melalui Wikipedia tu, ambe pun tak berapa faham mana keterangan tu hehe. Tetapi secara ringkasnya, Page Rank adalah hasil dari undian antara semua laman web. Undian itu seperti laman A menghubungkan (hyperlink) ke laman B disebut sebagai satu undian.

Page Rank sesuatu laman web itu bergantung pada angka dan metrik Page Rank dari semua laman yang menghubung (link) pada laman web tersebut yang dipanggil juga Incoming Links. Sesuatu laman web yang dihubungkan dari banyak laman web yang mempunyai Page Rank tinggi akan menerima Rank yang tinggi dengan sendiri. Dan jika tiada hubungan (link) ke laman web tersebut bermakna tiada sokongan pada laman web tersebut.

Google meletakkan susunan Page Rank ini dari 0 - 10 , yang PR10 itu dikatakan paling popular lah dan yang 0 tu pula yang paling tak popular langsung (macam blog ini lah pada waktu ni, tak ada PR langsung lagi ni!!! ) . Ini kerana blog ini masih terlalu muda, dan masih belum menjalani proses kemaskini oleh Google lagi. Kita akan lihat selepas Google kemaskini Page Rank tak lama lagi berapa la agak-agaknya blog ambe ni dapat ya? ehek

Kalau anda mahu tahu contoh laman web yang PR dia 10, antara lainnya adalah Google.com , Yahoo.com dan beberapa lagi laman web lain yang paling popular di dunia. Laman web kita jangan harap lah nak dapat PR10 tu, kita hanya boleh bermimpi mungkin sampai PR7 seperti mana target ambe pada masa akan datang, dapat PR7 pun dah amat-amat puas hati huhu. Blog paling popular tentang membuat duit melalui internet sekarang ini , johnchow.com pun masih lagi PR6, bukan senang tuuuu.

Haa ni ada gambar kartun yang menerangkan tentang Page Rank. Siapa yang buat gambar ini ntah.


Dari gambarajah di atas ini, kita dapat lihat si bulat yang paling besar itu diibaratkan sebagai laman web yang punyai Page Rank yang paling tinggi. Kenapa tak tingginya, setambun sibulat lain menghubungkan kepadanya (meletak link ke laman sibulat itu). Tetapi dapat kita lihat sibulat yang berwarna merah bahagian atas tu jadi besar juga walaupun hanya satu link sahaja dihubungkan padanya. Kenapa dia jadi besar juga walaupun ada satu link sahaja? Kerana walaupun satu link, tetapi dia dihubungkan oleh laman yang punya Page Rank yang amat tinggi (sibulat besar).

Dan kita perhatikan bulat-bulat paling kecil itu jadi paling kecil kerana tiada satu link pun yang menghubungkan pada mereka, kesian yerr isy7. Harap anda faham dari penerangan ringkas mengenai Page Rank di atas dan jika ada keraguan sila ajukan soalan cepu emas anda.

Dan di sini ada ambe sertakan kaedah-kaedah bagaimana pengiraan Page Rank dilakukan oleh pakcik Google terhadap sesuatu laman web. Dan ini adalah pengiraan yang dikaji oleh pakar-pakar tentang Page Rank sebelum ini.

Bagaimana untuk mendapat PR4?

Untuk menabalkan laman web anda kepada Page Rank 4, apa yang perlu adalah

- 3,055 link dari PR1
- 555 link dari PR2
- 101 link dari PR3
- 18.5 link dari PR4
- 3.5 link dari PR5
- 1 link dari PR6

Bagaimana untuk mendapat PR5?

- 16,803 link dari PR1
- 3,055 link dari PR2
- 555 link dari PR3
- 101 link dari PR4
- 18.5 link dari PR5
- 3.5 link dari PR6

Bagaimana untuk mendapat PR6?

- 92,414 link dari PR1
- 16,803 link dari PR2
- 3,055 link dari PR3
- 555 link dari PR4
- 101 link dari PR5
- 18.5 link dari PR6
- 3.5 link dari PR7


Bagaimana untuk mendapat PR7?

- 508,277 link dari PR1
- 92,414 link dari PR2
- 16,803 link dari PR3
- 3,055 link dari PR4
- 555 link dari PR5
- 101 link dari PR6
- 18.5 link dari PR7
- 3.5 link dari PR8


Semua di atas ini adalah contoh dan begitulah pengiraannya lebih kurang untuk Page Rank yang seterusnya. Mencabar jugak kan? Untuk itu, jika anda mahu PR anda naik ke menara gading, maka banyak-banyak lah cari cara macam-mana nak buatkan laman web lain link ke laman web anda. Lagi banyak link ke laman web anda maka lagi banyak la potensi laman web anda untuk naik PR. Selamat menaikkan PR dan selamat belaka. Wassalam :)


* Kemaskini 9/8/2007

Nampak gayanya Google dah kemaskini Page Rank, tetapi malangnya blog-blog terbaru ambe termasuk Kelas-blog ni tidak bernasib baik kali ini. Dapat Page Rank 0 je :D . Kena la tunggu 3 , 4 bulan lagi untuk kemaskini Page Rank oleh Google yang seterusnya , isy7 :D

AddThis Social Bookmark Button

5 Komen:

Tanpa Nama berkata...

A very good point. So, our PR is going to be updated very soon?? Best nieh. Hehe.. You have a very informative blog and you've been tagged! http://www.kaklong.net/?p=298 let us know more about you. ^_^

Tanpa Nama berkata...

how many Blogs you have my friends .
Is this You again? Nezam?
Any way how are you ?

Tanpa Nama berkata...

Kaklong: I tagged you. Dan ambe tinggalkan beberapa komen kat blog awk Kak Long, tapi kenapa x muncul2 sampai ceroh?? hehe


Dzibeads: Actually i myself don;t know how many blogs i had so far huhu. I also had a websites and all in my own native language, Malay :)

Tanpa Nama berkata...

Oho It's Good To know This your Blog.
You have Many Blogs and Website's how do you Manage Your Times? I see you Are Active In All your Blogs.not Like me I have Three Blogs But All same Articals.
you are doing well .That's Good :D.

Tanpa Nama berkata...

Yups, i want to congratz you since you're able to establish good quality blogs. ^_^ do you have any blog that is more personal so that we can learn more about yourself?