Sabtu, 4 Jun 2011

Gambit mengamuk pada Komuniti Blogger Malaysia

Facebook Gambit Saifullah diserang oleh Komuniti Blogger dari seluruh Malaysia. Ini kerana kenyataan Gambit sebelum ini yang pernah memaki hamun sesetengah blogger, bukannya SEMUA blogger.

Ini kerana banyak blog yang mengkritik pedas video klip yang hampir lucah yang beliau telah arahkan. Video klip nyanyian Prema Yin dikatakan mengandungi adegan yang berunsur lucah yang tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia.

Gambit ditegur oleh Seniman agar jangan malukan negara


Gambit telah perjelaskan isu video klip lucah itu sebelum ini.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Jumaat, 3 Jun 2011

Pelacur dirantai dan diconteng

Operasi mencegah maksiat di Pulau Pinang malam semalam menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan hak asasi mempertikaikan cara pihak polis menggari kira-kira 30 wanita asing dengan rantai dan membuat contengan di muka, dada dan tangan mereka.

Wanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.

Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Program X Top Model Search 2011 pulak dah!

Makin rosak akhlak dan makin ramai lah gadis-gadis dan wanita-wanita seksi nanti. Program rosak akhlak X Top Model Search 2011 akan diadakan pulak!

Diharap kerajaan dapat membasmi program-program sebegini kerana ia hanya menggalakkan wanita makin lebih seksi dan tidak menutup aurat. Semua ini adalah sebab-sebab akan turun BALA belaka , na'uzubillah .......


Berikut adalah laporan dari mStar;

KUALA LUMPUR: Program pencarian model tempatan iaitu X Top Model Search 2011 kini bermula bagi melakukan transformasi gadis-gadis biasa menjadi model-model terkenal seperti Amber Chia, Tengku Azura, Ling Tan dan ramai lagi.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Khamis, 2 Jun 2011

Ulama PAS bawa usul kecam sikap kerajaan BN kerana video seks

GOMBAK, 2 Jun – Dewan Ulama PAS Pusat tidak dikejutkan dengan saingan pemilihan hari ini, tetapi tetap menarik perhatian kerana memutuskan untuk membawa usul video seks yang didedahkan trio “Datuk T” Mac lalu ke Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang bermula esok.

Keputusan itu diluluskan sebulat suara hari ini.

Di bawah usul itu, Dewan Ulama PAS Pusat menolak pendedahan video seks, yang si pelakunya dikaitkan mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut usul itu, video tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat pihak tertentu untuk tujuan politik.

Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Gambar-gambar seksi artis

Gambar seksi Lisa Surihani

Gambar seksi Fasha Sandha

Gambar seksi artis Mentor

Gambar seksi Anggun

Gambar seksi Zakiah Anas

Gambar seksi Zila Bakarin


ANDA KANTOI!!!

Apa pun tak boleh!  :P


Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Kenapa artis selalu kena gossip?

Selalunya kita dengar artis lah yang kena gossip kan? Tak pernah pulak kita dengar tukang kayu ke, tukang rumah ke, tukang tebar roti canai ke, tukang belasah orang ke, tukang kebun ke, tukang sibuk tepi kain orang ke yang kena gossip kan?

Memang lah tak di dengar gossip di televisyen dan majalah, tetapi selain dari artis pun kena gossip jugak sebenarnya. Tu mengumpat tu gossip lah. Maknanya sama, cuma ejaan saja yang berlainan.

Cuma kenapa selain dari artis tidak keluar gossip dalam tv ke, majalah dan seumpamanya ya?

Kerana artis telah dianggap sebagai bintang dan idola. Kerana itu lah artis yang selalu kena gossip secara meluas dan terbuka untuk umum. Ini satu budaya juga sebenarnya, iaitu budaya barat, budaya Hollywood.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Rabu, 1 Jun 2011

Siapakah pemenang Maharaja Lawak 2011?

Maharaja Lawak belum pun habis lagi, dah ada pemenang ke? keh3. Pemenang belum ada lagi maa, tetapi jangkaan patik, pemenangnya sama ada Jambu ataupun Nabil, dan Jozan di tempat ketiga.

Nabil mempunyai kelebihan kerana dia solo @ seorang diri sahaja. Dia kena kerja lebih, bukan senang jika nak dibandingkan dengan berkumpulan. Idea-idea lawak nya pun lain dari yang lain dan sangat unik dan kreatif. Kita seperti dibawa oleh Nabil ke dunia imaginasinya.

Yus sepatutnya seorang juga, kerana dia sendiri pun sudah kuat. Tetapi bila digabungkan berdua dengan Tokeh, dan menjadi kumpulan Jambu, lagi lah mahal jadinya. Dan persembahan mereka dalam Maharaja Lawak ini pun sangat menjadi-jadi. Paling ramai bersorak untuk mereka.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button